Welcome to ieza's blog , follow me if you like me . tanxie danxie :)

I heart my followers

Wednesday 19 October 2011

Jangan nak SAYANG sangat :D



heshhhh sedar tak sedar , org yg paling banyak kita lukai ialah org yg rapat dengan kita. Contoh paling senang la.. andaikan ada 2 org yg buat birthday party.. sorang org yg rapat dgn korang.. sorang tu x la rapat sgt. kalau korang x gi kedua-dua party tersebut tanpa alasan yg best, sape lagi sentap? mesti yg rapat dengan korang kn?

ataupun, korang pergi mana2 pastu bawak gift tp tak semua org dpt.. org tertentu je, berani la x bagi pada org yg rapat.. mesti dia sentap..

kenapa? sebab kita dah ada 1 tempat khusus dalam hati dorang. berbanding dgn org lain, ada tempat gak, tp ta bape nak khusus , hehe .. jadi, apa je yg korang buat, kesannya lebih terasa berbanding daripada kalau org lain yg buat. ini termasuk la dalam bab melukakan hati mereka..

mesti korang kata, "xde la.. dia rapat dgn kita.. dia paham kita.. dia dah tau kita mmg gitu. xde terasa punya" bullshit la statement tu.. ooppss!! maaf.. baru minta maaf dah guna bahasa kasar lagi. ok.. cool ! cuma statement tu tak boleh pakai.. org yg paling kenal korang ialah mak ayah korang, tp, cuba tanya, adakah mak ayah korang xpernah terasa hati dgn korang? tiap kali korang naikkan suara (dah mmg cepat sentap), tiap kali korang lupa belikan barang.. lambat amik.. mesti terasa woo..

Lagipun, benda yg paling korang sayang biasanya akan menjadi kelemahan korang yg paling utama.. so, sila la berpada-pada.. (reminds diri sendiri sekali ! :P haha)

pernah x korang tgk, kawan yg dulu kamceng gile, tiba2 bergaduh, lepas tu terus berkerat rotan berpatah arang? nape jadi gitu? well, bila dah terlalu rapat, masing2 memegang rahsia.. tiba, disebabkan sesuatu perkara, timbul perbalahan.. terluka, maka terlepas la rahsia yg dipegang, terasa dikhianati.. sudahnya.. tiada maaf bagimu..

tu senario biasa.. org yg plg korang sayang juga boleh jadi kelemahan korang sbb kadang2 disebabkan org yg kita terlalu sayang tu, korang jadi buta dengan benda lain. apa yg dia cakap, itu la yg betul. apa pendapat dia, tu yg tepat sekali. nasihat org lain semua salah. kalau korang kehilangan dia pula, rasa dunia ni mcm dah nk kiamat padahal mmg telah tertulis, setiap permulaan pasti ada pengakhiran..

moral: "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya" cukup la sekadar bersederhana..engat tu ! noob :p

No comments:

Post a Comment